Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

WHO Syorkan Pengambilan Vaksin...

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengesyorkan penggunaan vaksin malaria kedua bagi membendung...

Hasrat Abdul Amzar Azim...

KUALA LUMPUR - Hajat dan cita-cita seorang anak untuk berbakti dan memberikan keselesaaan...

Bekalan Air Di Gombak,...

KUALA LUMPUR - Masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Gombak, Kuala...

Hina MB Terengganu: Kontraktor...

KUALA TERENGGANU – Seorang kontraktor wanita berumur 45 tahun ditahan reman tiga hari...

Lelaki Misteri Bakar Porsche Guna Minyak Petrol

SEBUAH kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan tindakan seorang lelaki memakai jaket berhoodie menghampiri sebuah kereta mewah jenis Porsche yang diparkir di tepi jalan sebelum bertindak membakarnya di Britain.

Menurut laman berita Standard.co.uk, kejadian tersebut berlaku di sebuah kejiranan yang terletak di Hardie Road, Dagenham pada 18 Julai lalu.

Rakaman CCTV yang berdurasi kurang daripada satu minit itu memaparkan figura individu lelaki yang tidak dikenali membawa sebuah bekas plastik berwarna hijau berisi bahan api yang dipercayai cecair petrol.

Individu berkenaan juga dilihat mencurahkan petrol tersebut ke atas kereta mewah itu sebelum kembali bertindak menyalakannya.

Lelaki Bakar Porsche Guna Minyak Petrol

Pihak polis menyeru untuk mencari kedua-dua suspek kejadian kebakaran itu yang menyebabkan kemusnahan berjumlah £10,000 (RM45,345) terhadap kereta mewah itu.

Tambah laman itu, pemilik kereta Porsche itu dikejutkan oleh saksi yang melihat kejadian tersebut sekitar pukul 4.45 pagi.


Menerusi CCTV yang diperoleh dari salah sebuah rumah di kejiranan itu memaparkan dua orang lelaki keluar dari sebuah kereta berwarna silver yang di parkir berdekatan tempat kejadian.

Salah seorang daripada suspek hanya berdiri berdekatan kenderaan itu manakala seorang lagi memulakan kebakaran tersebut.

Menurut salah seorang anggota penyiasat, suspek lelaki yang mencetuskan kebakaran itu dipercayai memakai jaket berhoodie, seluar kelabu dan berkasut warna coklat.

Manakala suspek kedua pula memakai pakaian yang sama namun warnanya lebih cerah sedikit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori