Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

6 Nekad Terjun Bangunan...

KUALA LUMPUR - Enam warga Indonesia nekad terjun dari tingkat dua sebuah bangunan...

Lelaki Mabuk Bogel, Pesawat...

SEORANG lelaki mabuk menimbulkan kekecohan dalam sebuah pesawat apabila bertindak membogel diri menyebabkan...

OPEC Bersetuju Kurangkan Pengeluaran...

PERTUBUHAN Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akhirnya bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah, langkah pertama...

Pekebun Dipenjara 8 Tahun...

KUALA LUMPUR - Seorang pekebun dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di...

Lelaki Melecur Akibat Letupan Gas

KUANTAN – Seorang lelaki melecur teruk akibat letupan gas di rumahnya di Taman Sentosa di sini, awal hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata kejadian pukul 5.15 pagi itu menyebabkan mangsa Tan Eok Sing, 50, melecur di depan dan belakang badan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini oleh isterinya sebelum ketibaan bomba.

“Letupan juga menyebabkan rumah bersebelahan tempat kejadian mengalami kerosakan, selain menyebabkan pintu gelongsor kaca rumah mangsa pecah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Sani menambah pihaknya masih menyiasat punca letupan itu.

Dalam perkara berasingan, Mohd Sani memaklumkan pihaknya menangkap seekor ular sawa sepanjang satu meter di sebuah kedai di Jalan Sungai Lembing, berhampiran Felda Bukit Goh di sini, pada pukul 6.45 pagi.


“Kehadiran ular disedari pemilik kedai itu dan difahamkan ular itu sedang kekenyangan selepas membaham seekor kucing,” katanya.

Mohd Sani menambah ular itu kemudiannya dilepaskan di sebuah hutan yang jauh dari penempatan penduduk di sini. – BERNAMA

Kategori