Lelaki Maut Terperangkap Dalam Rumah Terbakar

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah banglo dua tingkat di Kampung Selamat di sini, tengah malam tadi.

Mayat mangsa ditemui di dalam bilik air di tingkat bawah, manakala enam termasuk empat kanak-kanak melecur dan seorang wanita dilaporkan mengalami sesak nafas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu jam 11.45 malam.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Seramai 18 anggota diketuai seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama dua jentera ke lokasi untuk operasi pemadaman.

“Jentera pertama tiba kira-kira 10 minit kemudian ke lokasi kebakaran dan operasi pemadaman dimulakan,” katanya.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan jam 12.12 pagi dan hasil pemeriksaan lanjut membawa penemuan mayat mangsa dalam bilik air rumah berkenaan.

“Mangsa dipercayai terperangkap selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian bawah rumah tersebut.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk menerima rawatan. Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.44 pagi tadi,” katanya. – Sinar Harian

Loading...