Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Selamat Tiba...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba...

Bekalan Makanan Dijangka Kembali...

TUMPAT - Bekalan makanan di negeri-negeri terjejas teruk akibat banjir dijangka pulih sepenuhnya...

Kerajaan Setuju Mansuh Hukuman...

Kerajaan setuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Pengawal Keselamatan Lemas Menjaring...

PORT DICKSON - Seorang pengawal keselamatan ditemukan lemas ketika menjaring ketam di pantai...

Lelaki Maut Terkena Komponen Gear ‘Terbang’

SUBANG JAYA – Seorang lelaki maut selepas komponen pemacu gear dari sebuah lori jenis Hino terpelanting ke dalam keretanya di kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat sini.

Dalam kejadian berhampiran susur keluar Subang Jaya, kira-kira jam 4.55 petang semalam itu, mangsa yang memandu kereta jenis Mazda bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati komponen pemacu gear (coupling) seberat lebih kurang 10 hingga 20 kilogram dari lori yang dari arah bertentangan itu terpelanting ke cermin hadapan kereta mangsa.

Lelaki Maut Terkena Komponen Gear 'Terbang'

“Komponen berkenaan tercampak tepat ke arah bahagian hadapan kereta mangsa, menyebabkan kepalanya cedera parah dan maut di tempat kejadian.

“Dua ahli keluarga yang bersama mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori