Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nenek Dakwa Rahsia Umur...

Seorang nenek berusia 112 tahun mendakwa rahsia umur panjangnya adalah dengan menghisap rokok...

Wang Milik UMNO Kedah,...

WANG milik Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (UMNO Kedah) dan Habib Jewel Sdn...

Bunuh Atau Dibunuh: Budak...

MENYEDIHKAN..seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun ini sanggup mempertaruhkan nyawanya berbanding membunuh...

Vaksinasi Trak Bergerak Di...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan projek perintis trak bergerak vaksinasi COVID-19 di beberapa...

Lelaki Maut Ditikam, Ibu Tunggal Dirogol

LELAKI maut ditikam, manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol individu dikenali dalam kejadian di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum dipercayai merogol mangsa yang tidur di dalam sebuah bilik.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa yang mempunyai lima anak memaklumkan suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di tengkuk mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas dirogol, suspek cuba melarikan diri namun ibu tunggal itu menjerit menyebabkan dua lelaki yang sedang tidur di ruang tamu dan dapur rumah berkenaan terjaga dan cuba menangkap suspek.

“Dalam cubaan itu, lelaki berusia 28 tahun maut ditikam di perut dan dada manakala rakannya berusia 25 tahun cedera.

“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Abdullah berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat, manakala rakannya yang parah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Katanya, ibu tunggal kematian suami itu tinggal di rumah berkenaan bersama lima anaknya yang berusia dua hingga 17 tahun.


“Kita masih menyiasat hubungan serta kenapa dua lelaki yang meninggal dunia dan cedera itu tinggal di rumah ibu tunggal berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.”

Abdullah berkata, susulan kejadian itu, polis memburu seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, remaja berkenaan dikenali sebagai Ahmad Azwanizam Zamri, 19, dipercayai tinggal di sekitar Bachok.

Mana-mana pihak yang mengenali remaja itu diminta untuk hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – myMetro Online

Kategori