Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Johan, Ozlynn Bakal Timang...

KECOH atmosfera hiburan tanah air apabila khabarnya pelakon yang juga merupakan finalist Super...

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000...

Khairil Aslan Hampir Khatam...

PORT DICKSON - Pendaki solo negara Khairil Aslan Ab Rasid kini hampir khatam...

Tahniah Ismail Sabri Calon...

Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN)...

Lelaki Maut Dilanggar Ketika Tukar Tayar Kenderaan

SEREMBAN – Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM 269.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, selepas susur keluar Plaza Tol Ainsdale di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah ACP, Thiew Hock Poh berkata kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah lori tiga tan.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki bersama seorang isteri dan tiga anak perempuannya dari arah Jempol ingin menuju ke Kuala Lumpur mengalami kerosakan di bahagian tayar sebelah hadapan kanan.

“Akibat kerosakan yang dialami, pemandu memberhentikan kenderaan beliau di laluan kecemasan dan menukar tayar yang rosak. Ketika menukar tayar, sebuah lori tiga tan yang tidak membawa apa-apa muatan yang juga berada di lorong kiri telah hilang kawalan lalu terlanggar bahagian belakang kanan kenderaan Perodua Alza dan terbabas ke kiri bahu lebuh raya dan memasuki longkang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

“Akibat daripada kemalangan ini juga, pemandu kereta yang dilanggar lori itu meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala kesemua mangsa lain dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk menerima pemeriksaan dan rawatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori