Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Peribadi Racun, Cekik...

BERHATIKAN syaitan, bertopengkan manusia... Itu saja ungkapan yang dapat menggambarkan perlakuan kejam dua individu...

Edlin AF2, Suami Bercinta...

MASIH ingat lagikah pada Edlin Abdul Rahim (Edlin) yang popular menerusi rancangan Akademi...

Polis Saman Diri Sendiri...

MILWAUKEE (Amerika Syarikat) - Seorang polis menunjukkan sifat dedikasi terhadap pekerjaannya dengan menyaman...

KDN: RM30 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperuntukkan RM30 juta kepada agensi...

Lelaki Maut Dikelar Kerana Kerap Tagih Hutang

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut akibat dikelar di leher, dipercayai kerana menagih hutang sebanyak RM300, dalam satu kejadian di Km7 Jalan Tengah Nipah berhampiran Taman Warisan 4, dekat sini tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata kejadian 1.25 tengah hari itu turut menyaksikan adik ipar mangsa berusia 11 tahun cedera diserang oleh suspek.

Kejadian berlaku ketika mangsa, seorang warga tempatan berusia 30 tahun, sedang memandu kereta yang turut dinaiki oleh suspek dan adik ipar mangsa, katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu mengambil adik iparnya dari sebuah sekolah sebelum singgah mengambil suspek.

“Dalam perjalanan mengambil suspek, kanak-kanak itu tertidur dan terbangun apabila diserang oleh suspek dari belakang menggunakan senjata pisau (barong),” katanya.


Beliau berkata suspek dipercayai mengelar mangsa di bahagian leher sehingga menyebabkan kereta yang dipandu terbabas ke tepi jalan dan mangsa bertindak keluar dari kereta serta cuba melarikan diri namun dikejar oleh suspek.

Beliau berkata suspek kemudian melarikan diri dan polis sedang giat memburu lelaki tersebut. – BERNAMA

Kategori