Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Buru 3 Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis memburu tiga suspek, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit...

HSA Terbakar: Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Susulan kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pagi tadi,...

Sarat Hamil, Serena Bogel...

JAGUH tenis dunia, Serena Williams yang sarat hamil menghiasi muka hadapan edisi Ogos...

Jumlah Pekerja Asing Ada...

KUALA LUMPUR - Jumlah pekerja asing di negara ini yang dijangkiti penyakit Tuberkulosis...

Lelaki Maut Dihempap Jengkaut Dipandu

SERIAN – Seorang lelaki maut setelah dihempap jengkaut dipandunya semasa bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Rayang di sini, tengah malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Thian Shee Hiun, 70, disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan dari jengkaut berkenaan pada pukul 3.22 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.31 tengah malam.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan daripada majikan mangsa, sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian telah diarahkan ke lokasi untuk melakukan operasi mengeluarkan mangsa.

Katanya, pihak bomba mengambil masa lebih daripada 15 jam untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap jentera berat berkenaan.


“Pasukan bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa disebabkan terpaksa menunggu jentera berat lain bagi mengangkat jentolak berkenaan.

“Apabila berjaya mengangkat jengkaut tersebut, anggota bomba kemudian menemukan mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Kategori