Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

YouTube, Pinterest Sekat Maklumat...

YOUTUBE dan Pinterest kini berusaha memadam segala informasi yang bercanggah berhubung keberkesanan vaksin...

Azmin Jumpa Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan...

Pelawak Rahim Masuk Hospital...

PELAWAK Rahim dari kumpulan R2 yang menggondol tempat kedua ketika Raja Lawak musim ke-5...

Teliti Hasrat AirAsia Pindah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan AirAsia untuk memindahkan semula operasinya...

Lelaki ‘Masa Depan’ Lulus Ujian Pengesan Penipuan

SEORANG lelaki yang mendakwa dia datang dari masa depan, iaitu tahun 6491 dilaporkan lulus ujian pengesan penipuan yang diadakan.

Lelaki itu, James Oliver mendakwa mesin masanya telah rosak menyebabkan dia terperangkap pada tahun 2018.

Pakar-pakar nyata terkejut apabila dia lulus ujian yang diberikan sekaligus seolah-olah menunjukkan bahawa Oliver bercakap benar.

Oliver yang dikaburkan mukanya memberitahu dia berasal dari planet yang jauh dari matahari dan ia mengambil masa yang panjang untuk sampai ke bumi.

“Namun kami ada pakar matematik yang mengira tahun kami berdasarkan tamadun lain,’’ katanya.

Meskipun lelaki ini bercakap loghat Birmingham dengan Amerika Syarikat namun dia mendakwa berasal dari angkasa lepas.

Oliver juga menggambarkan pada masa depan lebih banyak spesis dan planet ditemui dengan pergaduhan berlaku antara manusia dengan makhluk asing.


Jelasnya, mereka cuba mencari planet dan galaksi baru setiap hari namun kebanyakannya gagal.

Ceritanya itu sama dengan plot dalam filem Back To The Future di mana watak Marty McFly terperangkap dalam tahun 50-an selepas mesin masanya mengalami masalah.

Oliver bagaimanapun memberi amaran iklim akan bertambah buruk dengan bumi akan menjadi semakin panas.

Ketika ditanya siapa Presiden Amerika Syarikat selepas ini, Oliver berkata terdapat sekatan dalam perkara-perkara yang boleh diberitahu tentang masa depan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori