Lelaki Lolos Polis Walaupun Tayar Kereta Ditembak

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki memandu secara merbahaya ketika memecut kereta yang membawa dadah, dalam cubaan meloloskan diri daripada polis dekat Jalan Genting Klang di sini.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang kelmarin, suspek memandu kereta jenis Nissan Teana berwarna hitam yang turut dinaiki seorang lagi lelaki, memecut kenderaannya dari Jalan Genting Klang, Setapak ke Jalan Gombak.

Sumber berkata, ketika suspek mula memecut kenderaannya di laluan yang sesak itu, seorang anggota polis berlari mengejar kereta berkenaan dan mengetuk cermin kereta sambil mengarahkan lelaki itu memberhentikan keretanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Namun, arahan anggota polis terbabit tidak diendahkan oleh suspek, malah cuba merempuhnya.

“Anggota terbabit turut melepaskan dua das tembakan terhadap tayar hadapan bahagian kanan kereta suspek.

“Suspek kemudian memecut kenderaannya ke Lebuhraya DUKE dekat Gombak. Kereta itu kemudian ditinggalkan di lebuh raya berkenaan sebelum suspek melarikan diri.

“Pemeriksaan dalam kereta yang ditinggalkan menemui satu paket mengandungi dadah disyaki syabu,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 42 saat viral menerusi media sosial, memaparkan seorang anggota polis mengejar sebuah kereta Nissan sambil mengacukan pistol mengarah suspek memberhentikan kenderaannya tetapi usaha itu gagal. – BH Online

Loading...