Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tujuh Jalan KL Ditutup...

KUALA LUMPUR - Tujuh jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup kepada...

Lepas Bunuh Isteri Terus...

SERIAN - Cemburu dipercayai menjadi motif utama seorang petani mengelar isterinya menggunakan pisau...

Hadi Beri Gambaran Salah...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah...

“Saya Dukung Biawak Ye,...

SEORANG gadis berusia 21 tahun tampil 'buka mulut' selepas dirinya dikecam menagih perhatian...

Lelaki Kudung Tangan, Guna Kaki Acah Tatu

NYATA kekurangan tidak memiliki kedua belah tangan sejak dilahirkan tidak mematahkan semangat Brian Tagalog untuk meneruskan kehidupan sehariannya seperti individu normal lain di luar sana.

Berbekalkan bakat dan kreativitinya dalam bidang lukisan tatu, Brian, 27, akhirnya berjaya membuka sebuah kedai mencacah tatu, Tattoo by Foot di Arizona, Amerika Syarikat.

Kepayahannya mendapatkan pekerjaan di beberapa kedai tatu sebelum ini telah menguatkan azam Brian untuk berjaya dan akhirnya kini dia boleh tersenyum bangga apabila diiktiraf merupakan satu-satunya pencacah tatu menggunakan kaki yang ada di seluruh dunia.

Jejaka kelahiran Hawaii ini berharap kejayaannya itu mampu memberikan inspirasi kepada golongan kurang upaya bahawa tiada perkara yang mustahil sekiranya segala impian dititipkan dengan usaha dan kerja keras demi meraih kejayaan di kemudian hari. – MYNEWSHUB.CC


tatu1

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori