Lelaki Kena Gantung Tugas Kerana `Pedajal’ Bos

NIAT seorang lelaki mahu ‘pedajal’ bos wanitanya dengan meludah di dalam bekas air minuman wanita berkenaan, telah terbongkar selepas aksinya itu dirakamkan menerusi kamera tersembunyi.

Dalam rakaman tersebut, lelaki itu memberikan air kepada bosnya selepas dia selamba meludah dalam air minuman berkenaan.

Dia juga dikesan melihat ke kiri dan kanan bagi memastikan tiada siapa yang memerhati tindak tanduknya.

Namun dia tidak sedar bahawa kamera telah dipasang di pejabatnya yang terletak di Aligarh, di Uttar Pradesh, India.

Kamera itu dipasang oleh bosnya selepas melihat aksi pekerja berkenaan yang mencurigakan selama ini. Selepas kamera itu dipasang barulah dia dapat melihat perangai sebenar pekerjanya itu.

Berikutan itu, lelaki terbabit telah digantung tugas. Video kejadian itu kini telah menjadi tular di media sosial. – MYNEWSHUB.CC