Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun Arifin Ketuai Panel...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima hakim Mahkamah...

Jet Rasmi Bukannya Untuk...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah menjadi...

Bihun Sup Dilitupi Daging...

PENDANG - Percaya atau tidak, dengan keadaan ekonomi hari ini, masih ada bihun...

Istiadat Angkat Sumpah MB...

IPOH - Istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung petang...

Lelaki Kalah Judi, Upah Palsukan Kematian

DHAKA – Seorang lelaki ditahan selepas memuat naik video pembunuhannya di media sosial bagi mengelak membayar AS$1,800 (RM6,975) selepas kalah dalam pertaruhan perlawanan kriket.

Pegawai kanan polis Dhaka, Kamruzzaman Sardar, berkata, video kematian Adel Shikder, 28, itu dikongsi 10,000 kali dalam tempoh beberapa hari, mendorong pihaknya mengesan mayatnya.

“Adel mengupah jurusolek filem yang bertindak sebagai jurugambar video untuk ‘merakam’ pembunuhannya selepas kalah dalam pertaruhan AS$1,800 (RM6,975) perlawanan kriket antara Bangladesh dan India bagi merebut Piala Nidahas,” kata Kamruzzaman kepada.

Bagaimanapun, Bangladesh tewas pada perlawanan pada 18 Mac di Colombo itu, selepas pemain India, Dinesh Karthik berjaya meraih mata kemenangan bagi pasukannya.

Menurut polis, tiga lelaki kelihatan dalam video itu dan dua daripadanya mengelar leher Adel.


Mereka dikatakan menggunakan sirap jus buah berwarna merah sebagai darah tiruan yang dicurah ke seluruh badan Adel, ketika imejnya dikelar dimuat naik di media sosial.

Adel juga dipercayai menghantar video kepada seorang individu yang tidak dikenali, selepas beliau kalah dalam taruhan berkenaan. – AFP/myMetro Online

Kategori