Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Umum Calon PRK...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Ustaz Kazim Boleh Makan...

KOTA BHARU - Pendakwah, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias yang sedang dirawat di...

Menteri Luar Ghana Melawat...

PUTRAJAYA - Hanna Serwaah Tetteh, Menteri Luar dan Integrasi Serantau Republik Ghana dijadual...

Bayi Hisap Susu Patung...

BAYI ini mungkin lapar dan atas sebab itu dia telah menghisap puting payudara...

“Lelaki Itu Punca Kehancuran Rumah Tangga…”

BARU-BARU ini pelakon Amyza Adnan ada memuat naik satu posting di akaun Instagramnya meminta individu yang didakwa mengganggu rumah tangga adik perempuannya agar tampil berjumpa dengan mereka sekeluarga bagi memberikan penjelasan yang sebenar tentang perkara tersebut.

Menurut Amyza, adiknya mengenali lelaki bernama Muhammad Zelmi itu menerusi laman sosial Facebook beberapa bulan lalu dan mereka berdua membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan bersama-sama.

“Saya geram dengan lelaki itu kerana menjadi punca kehancuran rumah tangga adik saya. Adik saya ada dua anak kecil dan sekarang lelaki itu mengawal hidupnya.

“Saya minta dia datang berjumpa keluarga kami dan memberikan penjelasan dengan baik tetapi satu identiti dia pun saya tidak jumpa.

“Dia juga telah menukar gambar-gambarnya pada profile laman sosial supaya tidak dapat dikesan,” katanya kepada mStar Online.


Tambah Amyza, adiknya juga berada dalam keadaan kurang sedar dan tidak mahu memberikan kerjasama apabila diminta untuk mendedahkan identiti sebenar Zelmi.

“Kami minta dia menelefon lelaki itu dia tidak mahu. Sampaikan air pun dia tidak mahu minum. Dia juga berani melawan saya jika ditanya mengenai lelaki itu.

“Kami sekeluarga sudah tidak tahu nak buat apa. Kaunseling dia tidak mahu ikut, malah berubat tradisional juga dia tidak mahu ikut,” katanya lagi.

Amyza juga meminta kerjasama netizen yang mengenali Zelmi agar memberikan sebarang maklumat yang boleh membantu mereka kerana bimbang adiknya lari bersama Zelmi yang dipercayai menetap di Johor atau Singapura itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori