Lelaki Hilang Mata, Hidung Akibat Kanser Dihalau Dari Premis

CAROLINA SELATAN – Seorang pemilik gedung di sini membuat pengakuan di media sosial berhubung tindakannya memberi kata dua kepada penghidap kanser kulit sama ada menutup wajahnya atau beredar daripada premisnya.

Kirby Evans, 65, singgah di gedung Forks Pit Stop di Walterboro di sini pada Isnin lalu untuk membeli sejumlah donat dan minuman sebelum menerima layanan diskriminasi itu.

Kirby yang kehilangan mata kiri dan hidung susulan satu rawatan untuk menyelamatkan nyawanya diberi kata dua oleh wanita bernama Donna Alderman-Crosby kerana lelaki itu dikatakan ‘menakutkan’ pelanggan lain di situ.

Anak perempuan Kirby, Brandy menyatakan sebaik menyedari bapanya keluar dari gedung itu dalam keadaan bersedih, dia segera menganjurkan satu kempen kutipan dana menerusi laman GoFundMe.

Duit yang dikumpul itu bertujuan menanggung kos pembinaan semula wajah bapanya. Jumlah kutipan setakat ini hampir mencecah AS$30,000 (RM124,700).

Alderman-Crosby menyatakan dia berbuat demikian dalam satu perbincangan tertutup dan tiada pilihan lain kerana Kirby menyebabkan ramai pelanggannya melarikan diri.

“Bagaimana seseorang boleh makan sesuatu dengan seluruh wajahnya ditutup? Kami tidak mahu orang kelainan upaya dilayan sebegitu,” kata Kirby.

Orang ramai tampil menunjukkan memberi sokongan moral kepada Kirby termasuk dipeluk dan menjamu selera bersama-sama. – Agensi/Kosmo Online