Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Harga Ikan Naik Sehingga...

GEORGETOWN - Harga ikan di Pulau Pinang naik sehingga 30 peratus berikutan bekalan...

Sibuk Bisnes, Ifa Raziah...

PENYANYI dan pelakon, Ifa Raziah memberitahu dia hanya buat persiapan ringkas bagi sambut...

MITI Terima 18,650 Permohonan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerima 18,650 permohonan secara...

KJ Yakin Sentuhan Magis...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan menyeru peminat bola sepak tanah air...

Lelaki Ditemui Maut Ditikam Di Selayang

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemui maut ditikam di kediamannya di Taman Sri Murni, Selayang, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata siasatan kes ini masih berjalan dan meminta diberi sedikit masa untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

Menurut sumber polis, mangsa maut akibat ditikam di bahagian badannya.

Shanmugamoorthy berkata mangsa yang ditikam itu berusia 48 tahun dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ditanya mengenai punca kejadian, beliau berkata pihaknya masih menyiasat lagi.


Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata mangsa mempunyai empat adik-beradik dan jarang bergaul dengan masyarakat setempat.

“Salah seorang adik perempuan mangsa mempunyai masalah mental manakala ibu mangsa meninggal dunia awal tahun ini.

“Mereka ini (empat adik-beradik) selalu bergaduh dalam rumah,” katanya. – BERNAMA
*Sekadar Video Hiasan..

Kategori