Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Asrama Akademi Tahfiz Ihya...

SHAH ALAM - Sebuah asrama penginapan pelajar Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran, Kampung Bukit...

Logo Sahkan Jenis Kereta...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu kereta yang ditemukan...

Polis Kubang Pasu Tahan...

JITRA - Polis Daerah Kubang Pasu menahan 78 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

‘BN Bukan Macam PH,...

Ahmad Zahid Hamidi membidas seteru politiknya yang didakwa terus menabur fitnah berhubung surat...

Lelaki Ditemui Maut Dengan Kesan Tetakan

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di bahagian kepala, muka dan badan ditemui depan sebuah rumah di Kampung Kedondong di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam, mangsa berusia awal 30-an ditemui oleh orang awam dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, pihak polis menerima maklumat penemuan mayat seorang lelaki di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka dan badan akibat ditetak.

“Kita tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian dan kita percaya mangsa ditetak di lokasi ini berikutan penemuan darah di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Tambahnya, polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Kategori