Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: PH Mendahului...

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) kini sedang mendahului pengiraan bagi Dewan Undangan...

Cadangan Pemakaian Peranti Bagi...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk memakaikan Peranti Pengawasan Elektronik...

Peguam Tuduh Shafee Diminta...

PEGUAM Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berharap pihak yang menuduh beliau menghina...

Tak Perlu Ambil Makanan...

ALOR SETAR - Individu yang sihat tubuh badan dan tiada sebarang masalah kesihatan...

Lelaki Ditahan Disyaki Pukul Bayi Hingga Mati

KANGAR – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul bayi perempuannya yang berusia enam bulan sehingga mati di sebuah rumah di Batu 3 Kampung Baroh, Jalan Santan di Ngulang dekat sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, kejadian diketahui apabila seorang wanita warga Thailand membawa bayinya yang dalam keadaan tidak bermaya ke rumah seorang lelaki di Jejawi, Arau dekat sini kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Wanita itu mendakwa anaknya dipukul suami sebelum bayi tersebut didapati sudah tidak bernafas dan meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, susulan itu, pihaknya telah menahan suspek berusia 44 tahun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek yang merupakan warga tempatan itu dikatakan pernah mendapat rawatan mental di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,” ujarnya.


Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kangar untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi ini.

Kategori