Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Madonna Dedah Payudara...

MADONNA dan kontroversi  sememangnya tidak dapat dipisahkan. Selepas buat hal apabila lewat berjam-jam bagi...

50 Rumah Musnah Dalam...

SEMPORNA - Lima puluh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Bangau-Bangau, sebuah...

Pembunuh ‘Posing’ Lepas Tikam,...

SUSULAN insiden ngeri seorang wanita yang mati ditikam dengan sebilah pedang di Beijing,...

Bintang Chelsea Paksa Conte...

SEORANG pemain Chelsea mula memberi tekanan kepada Antonio Conte untuk meninggalkan pasukan itu...

Lelaki Ditahan Buat Laporan Konon Disamun

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang pengurus pemasaran kerana membuat laporan palsu kononnya disamun sehingga kerugian puluhan ribu ringgit semata-mata untuk menuntut insuran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ( SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan semalam selepas siasatan mendapati laporan yang dibuatnya mengelirukan.

“Menurut lelaki itu, semasa dia berada di rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada Ahad dua lelaki menaiki sebuah motosikal telah menyamunnya semasa sedang memasukkan barang ke kereta.

“Mereka melarikan sebuah beg miliknya. Lelaki itu mendakwa terdapat beberapa barangan seperti telefon bimbit jenis I Phone, komputer riba dan tablet berjenama dalam beg yang dilarikan suspek, semuanya bernilai RM11,000,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis dalam siasatannya mendapati lelaki yang bekerja di sebuah syarikat antarabangsa itu sebelum itu telah menjual barangan berkenaan kepada pembeli menerusi laman sosial.

Nik Ros Azhan berkata siasatan juga mendapati lelaki itu telah membuat empat laporan palsu polis konon disamun membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lepas dan membuat tuntutan insurans.


Katanya polis juga telah merampas semula beberapa barangan yang sebelum ini dilaporkan hilang oleh lelaki itu di rumah ibunya di Bukit Mertajam dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Lelaki itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes,” katanya. – BERNAMA

Kategori