Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rita Rudaini – ‘Itu...

RASANYA semua sudah sedia maklum mengenai tuntutan muta'ah berjumlah RM300,000 yang telah difailkan...

Internet Percuma 1GB Sehingga...

Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kata  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Sebak, Pilu Jenazah Isteri...

AIR mata seorang suami mengalir disaat mengucup jenazah isterinya ketika dipertemukan untuk kali...

4 Renjer Maut Letupan...

BANGKOK - Empat renjer tentera Thailand maut hari ini apabila bom tepi jalan...

Lelaki Disyaki Bunuh Anak Lelaki 10 Tahun Direman Seminggu

KAJANG – Seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, dekat sini, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera hingga mati anak lelakinya berusia 10 tahun, dua hari lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fadziatul Isma Ahmad di sini hari ini.

Lelaki tersebut direman hingga 13 Dis bertujuan bagi membantu siastan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Media melaporkan mangsa dibawa ke Hospital Serdang oleh keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira jam 10.30 malam, Rabu lalu, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilaporkan berkata hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak malang itu petang semalam mendapati kematiannya disebabkan kecederaan tumpul yang berganda di seluruh badan.


Mangsa, menurutnya, merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan dijaga oleh bapanya selepas isterinya meninggalkan mereka sejak dua bulan lalu. – BERNAMA

Kategori