Lelaki Didenda Pos Kucing Sakit

TAIPEI – Seorang pemilik kucing didenda £2,250 (RM11,900) kerana menghantar haiwan peliharaannya melalui pos ke satu alamat yang tidak didedahkan, menurut pihak berkuasa.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang, 33, dilaporkan memberi alasan tiada masa untuk menjaga kucing jenis Scottish Fold itu selepas haiwan berkenaan sukar berjalan akibat kecederaan pada kaki.

Yang menyatakan, dia cuba mencari penjaga baru untuk kucing itu tetapi tiada siapa berminat dan menyebabkan dia memilih untuk mengeposkan kucing berkenaan ke satu alamat rahsia.

Polis menggunakan rakaman televisyen litar tertutup dan rekod pos untuk mengesan suspek dan Yang mengakui dia menghantar kucing itu melalui perkhidmatan pos, lapor portal berita Taiwan, UDN.

Kucing itu berjaya diselamatkan dan kini dijaga oleh pihak berkuasa.

Yang didenda £1,500 (RM7,900) kerana melanggar undang-undang kekejaman terhadap haiwan dan £750 (RM3,950) lagi kerana kucing tersebut tidak diberi suntikan vaksin rabies. – Agensi

Loading...