Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Buat Pilihan Atas Kewarasan...

KUALA LUMPUR - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihati rakyat agar membuat...

Malang… Wanita Tersekat Kaki...

RAKAMAN lucu menunjukkan seorang wanita China terperangkap kaki pada pagar pembahagi jalan ketika...

Kemelut Politik, Bursa Malaysia...

KUALA LUMPUR - Harga saham di Bursa Malaysia meneruskan penyusutan pada pembukaan dagangan...

Sarawak Eksport Bersih Makanan...

KUCHING - Sarawak mahu menjadi pengeksport bersih hasil dan produk pertanian berkualiti tinggi...

Lelaki Dibelasah Geng Bapa Saudara Bekas Tunang

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun bersama rakannya mengalami lebam di badan selepas dibelasah sekumpulan 12 lelaki semasa kejadian di hadapan restoran makanan segera dekat Sungai Isap, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusuf Ali berkata, pergaduhan pada kira-kira pukul 1 pagi itu berpunca akibat salah faham melibatkan seorang perempuan yang merupakan bekas tunang mangsa.

“Beberapa jam sebelum kejadian itu, mangsa dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai bapa saudara kepada bekas tunang mangsa dan dia ingin berjumpa dengan mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang ditemani rakannya menunggu di dalam sebuah kereta di parkir restoran tersebut sebelum mereka didatangi kira-kira 12 lelaki yang menaiki tiga buah kereta.

Ujar beliau lagi, mangsa terus ditumbuk di muka dan dibelasah sejurus memperkenalkan namanya kepada salah seorang suspek.

“Kumpulan suspek terbabit terus menyerang dan memukul mangsa serta rakannya sebelum dileraikan oleh orang awam,” tambah beliau.


Susulan kejadian itu, beliau berkata, polis menahan enam penganggur berusia 19 hingga 20 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Mohd. Noor menambah, ujian saringan air kencing semasa awal siasatan mendapati keenam-enam suspek tidak menagih dadah.

Beliau menambah, polis sedang mengesan beberapa lagi suspek lain yang terlibat dalam kejadian tersebut. – K! ONLINE

Kategori