Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Wakil Kelab Myvi Ada...

SEMALAM, seluruh negara digemparkan dengan satu laporan kemalangan menyayat hati yang menimpa tiga beranak...

Singapura Catat 690 Kes...

SINGAPURA - Singapura hari ini mengesahkan tambahan 690 kes baharu jangkitan COVID-19, termasuk...

Filipina Belum Sahkan Status...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Filipina masih belum memberi pengesahan mengenai status kerakyatan...

MH370: Lagi Serpihan Ditemui,...

OBJEK dipercayai bahagian daripada tingkap pesawat ditemui lagi di Pulau Reunion, lapor sumber berita Sky.Walaupun...

Lelaki Dengan 28 Rekod Jenayah, Dadah Mati Ditembak

NIBONG TEBAL – Seorang penjenayah ditembak mati ketika cuba menyerang polis dengan melepaskan beberapa das tembakan dalam kejadian di Jalan Tasek Valdor, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 20-an berasal dari Georgetown yang menaiki kereta jenis Proton Waja itu bertindak melarikan diri selepas menyedari kenderaannya diekori polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainol Samah berkata, pasukan polis mengekori kenderaan suspek yang dikesan berada dalam keadaan mencurigakan ketika sedang menjalankan rondaan di Jalan Tasek Valdor, Seberang Perai Selatan.

“Polis mengekori kenderaan suspek dan tiba-tiba suspek terus memecut kenderaan ke arah jalan Tasek melalui Jalan Tasek Valdor.

“Pasukan polis telah bertindak mengejar dan apabila sampai di hadapan tapak projek Green Hill di Jalan Tasek Valdor, kereta suspek kemudian membelok masuk ke kebun kelapa sawit sehingga kereta suspek terbabas dan melanggar batu disebabkan melalui satu jalan mati,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek kemudiannya keluar dari kereta dan bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.

“Bagi mepertahankan diri, anggota polis telah membalas tembakan ke arah suspek.


“Pemeriksaan mendapati penjenayah mempunyai 17 rekod jenayah sejak 2007 dan 11 rekod berkaitan dadah,” katanya.

Tambah Zainol, suspek juga dalam senarai yang dikehendaki polis sejak tahun lalu dalam empat kes jenayah melibatkan senjata api, ugutan jenayah dan cuba membunuh dengan cara melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis semasa rondaan semalam.

“Hasil pemeriksaan awal terdapat sepucuk pistol semi auto CZ buatan Czech bersama 6 butir peluru dalam magazine dan 1 butir dalam chamber (9mm Thai Arm) pada sisi sebelah kanan suspek.

“Semakan juga mendapati kereta Proton Waja yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Sungai Korok pada 4 Februari lalu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori