Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRK Rompin: BN Optimis...

ROMPIN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Barisan Nasional (BN)...

7 Jenazah Warga M’sia,...

SEPANG – Hujan tidak menghalang berlangsungnya istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah mangsa tragedi...

Jeritan ‘Api’ Selamatkan 2...

IDAHO, Amerika Syarikat – Jeritan dua ekor burung kakak tua yang meminta tolong...

Diarah Keluar Pesawat Kerana...

WASHINGTON DC - Sepasang suami isteri beragama Islam diarahkan untuk segera keluar daripada...

Lelaki Dedahkan Saat Menakutkan Bibir ‘Meletup’

MENGEJUTKAN….. Seorang lelaki yang ketagih untuk membesarkan bibirnya, terkejut apabila bibir yang telah disuntik dengan implan tiba-tiba pecah dan mengeluarkan darah serta nanah.

Henry, 20, dari Wells-Next-To-Sea, Norfolk, berkata dia mengalami ketagihan untuk membesarkan bibir dan melakukannya beberapa bulan sekali.

Ketika menceritakan pengalaman menakutkan itu, Henry berkata ketika bibir tersebut `meletup’, dia sedang membeli telefon bimbit di sebuah kedai.

“Saya sedang memilih telefon bimbit apabila saya merasakan bibir saya tiba-tiba membengkak dan ia kemudiannya meletup, menyebabkan darah dan nanah menitik ke atas telefon bimbit berkenaan.

“Penjual telefon berkenaan terkedu melihat keadaan tersebut,’’ katanya ketika muncul dalam siri televisyen E4 bertajuk Body Fixers. Henry berharap pakar-pakar dapat membantunya .

Bibir 'Meletup'


Menurut Hendry, dia ketagih untuk membesarkan bibirnya kerana dia gembira dengan bibir besar yang dimilikinya melalui suntikan implan.

Dalam pada itu, pakar aesthetic, Dr Esho berkata Henry perlu menjalani pembedahan untuk membuang implan dibibirnya dan pada masa sama menghalang bibir berkenaan daripada jangkitan.

“Kes Henry ini mungkin salah satu kes paling buruk pernah saya kendalikan di mana bibir mengalami jangkitan. Malah ketika dia dibawa ke rancangan ini, saya terus memberitahu dia perlu dibawa ke bilik bedah,’’ kata Dr. Esho. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori