Lelaki Dakwa Masak Kakinya Yang Dipotong

JIJIK….seorang lelaki telah menyimpan kakinya yang dipotong selepas terlibat dalam satu kemalangan pada 2016, untuk dijadikan sebagai makanan dan dihidangkan kepada 10 orang kawan-kawannya yang berfikiran terbuka.

ShinyShart yang memuatnaik dalam Reddit memberitahu dia telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika menunggang motorsikal di sebuah kawasan pergunungan hingga menyebabkan kakinya mengalami kecederaan parah dan terpaksa dipotong.

Tiga minggu kemudian, dia menjemput kawan-kawannya untuk menikmati hidangan tacos dengan daging manusia yang diperam bersama limau, lada dan bawang.

“Ia rasa seperti daging kerbau tapi lebih kenyal,” kata ShinyShart.

Dia mendapat kaki yang dipotong itu selepas meminta daripada doktor.

“Pada mulanya saya mahukan kaki itu untuk dikeringkan.

“Ia akan kelihatan `cool’ apabila ia digantung depan pintu atau pada tiang lampu tapi kemudian saya menukar fikiran dan menjadikannya sebagai makanan,” katanya yang terpaksa menandatangani dokumen hospital sebelum mendapat kaki berkenaan.

“Kaki yang dipotong itu dimasukkan dalam beg plastik untuk sampah bio. Sampai sahaja di rumah saya masukkan segera dalam peti sejuk,’‘ katanya.

Kejadian itu berlaku pada 2016 namun kini baru didedahkan. – MYNEWSHUB.CC