Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Dalam Kemalangan...

SEREMBAN : Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan...

Senator Minta Khazanah Dedahkan...

Syarikat Khazanah Nasional Bhd diminta mendedahkan angka sebenar gaji yang akan dibayar kepada...

Pemberian Elaun Kesusahan Guru,...

SANDAKAN - Sebanyak 107 sekolah di Sabah layak dalam Pemberian Elaun Khas Mengikut...

Tunggu SOP Arab Saudi...

SHAH ALAM - Agensi pengelola umrah disaran menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang...

Lelaki 300 Kilogram Meninggal Dunia

TUMPAT – Seorang lelaki berusia 51 tahun yang mengalami masalah obesiti meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II akibat kencing manis.

Nor Yuhisham Yusof yang beralamat di Jalan Istana Bukit Tanah Tumpat itu memiliki berat badan 300 kilogram (kg) dan masih bujang.

Jenazah yang dimandi serta dikafankan di hospital kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Datuk untuk urusan pengebumian pada jam 8.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, kerja-kerja menurunkan jenazah ke liang lahad dilakukan oleh anggotanya dengan bantuan penduduk kampung.

“Pegawai Bomba, Fauzi Ibrahim mengetuai enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat untuk membantu penduduk kampung melalui khidmat khas pengebumian ini.


“Semua urusan dilaksanakan sebaik mungkin dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas turut membantu keluarga seorang gadis yang mempunyai berat mencecah 200kg yang meninggal dunia di Tendong tadi. – Sinar Harian

Kategori