Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terharu!! Bagi Nota Maaf...

Siapa pernah mengalami keadaan anda berjalan ke arah kenderaan tapi terkejut bila mendapati...

Ditahan Terbangkan Dron Di...

TAIPING – Polis menahan dua lelaki kerana dikesan menerbangkan sebuah dron berhampiran kawasan...

Pendirian Azmin Langgar Konsensus...

KUALA LUMPUR - Pendirian Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang...

Banjir Kilat Landa Lebuh...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 4 petang mengakibatkan...

Lelaki 27 Tahun Cedera Jari Kaki Tersepit Eskalator

MALANG tidak berbau. Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera jari kaki akibat tersepit eskalator di pusat beli-belah terkenal Bugis Junction, Singapura pada Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa yang tidak didedahkan identitinya dilaporkan telah menggunakan eskalator berkenaan dari Basement 1 di kompleks beli-belah berkenaan.

Menurut Pengurus Besar Bugis Junction, Ivy Ang kepada laman berita tempatan MediaCorp, mangsa mengalami kecederaan di kaki kiri selepas tersepit di eskalator tersebut.

Lelaki 27 Tahun Cedera Jari Kaki Tersepit Eskalator

Manakala Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada pukul 9.15 malam dan tiba di tempat kejadian sekitar 9.40 malam.

Tambahnya lagi, mangsa berjaya diselamatkan 10 minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Besar Singapura untuk rawatan lanjut.

Seorang saksi kejadian itu, Tim Maohuam, 33 berkata “Tiga lelaki cuba membantunya, tetapi dia (mangsa) dalam keadaan sedar dan kelihatan biasa-biasa saja. Tidak menjerit atau apa-apa.”


Dalam pada itu, Ang menjelaskan bahawa pihaknya akan terus menziarahi mangsa dan memberikan sokongan terhadapnya.

Malah Ang juga memberitahu bahawa pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut dan menambah baik aspek keselamatan di samping menegaskan keselamatan pengunjung pusat beli-belah itu keutamaan mereka.

“Pada masa sama, sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengerahkan pembekal tangga bergerak untuk menjalankan pemeriksaan memastikan semua eskalator kami beroperasi dengan baik dan memenuhi ciri-ciri keselamatan,” jelasnya kepada MediaCorp. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori