Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nahas Elmina: Arwah Hafiz...

KLANG – Penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dilihat kurang ceria...

Impian Miliki Rumah Sendiri...

KUALA LUMPUR – “Kalau nak diikutkan memang kami belum mampu nak beli rumah,...

Tun M Perlu Tanggungjawab...

KUALA LUMPUR- Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam hari ini...

Kelantan Tutup Sementara Semua...

Kota Bharu : Semua lokasi pelancongan di Kelantan yang berisiko tinggi terhadap gejala...

Lee Chong Wei, Lin Dan Belum Fikir Persaraan

KUCHING – Dua jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei serta Lin Dan mengakui masih belum memikirkan untuk menggantung raket mereka biarpun semakin dimamah usia.

Malah, kedua-dua pemain yang perseteruan mereka di gelanggang menjadi tumpuan dunia sukan, masih mahu terus aktif dengan sukan yang melonjakkan nama masing-masing.

“Kami berdua dilihat sebagai pemain yang sudah berumur tetapi kami belum lagi mahu mengumumkan persaraan masing-masing.

“Malah, saya berharap saya serta Lin Dan akan terus bermain untuk beberapa tahun lagi. Bagi diri saya sendiri, saya akan terus bermain selagi saya boleh,” kata Chong Wei, 34.

Chong Wei berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan akhir menentang Lin Dan, 33, di Terbuka Malaysia di sini hari ini. Lin Dan menang 21-19, 21-14 dalam aksi final itu.

Mengenai peluangnya di Kejohanan Dunia nanti, Chong Wei berkata ketika ini sudah ramai pemain muda berbakat yang muncul dan peluang mereka tidak boleh dipandang rendah.

Katanya, pada Kejohanan Dunia nanti akan ada pemain muda yang menyerlah termasuk juara Olimpik yang juga juara bertahan, Chen Long dari China yang menarik diri dari suku akhir Terbuka Malaysia akibat kecederaan.


Chong Wei juga mengakui beliau serta Lin Dan kini terpaksa memilih kejohanan yang mahu disertai bagi mengelak kepenatan.

Sementara itu, Lin Dan berkata beliau masih akan terus aktif di pentas antarabangsa tetapi menegaskan beliau tidak mahu terlalu memikir untuk menjuarai Kejohanan Dunia yang sudah lima kali dimilikinya.

Malah, katanya, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan yang disertainya. – BERNAMA

Kategori