Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin G7 Kutuk Ujian...

ISE-SHIMA (Jepun) - Para pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear Korea...

Turkiye Hantar Komando Ke...

ISTANBUL: Turkiye merancang untuk menghantar pasukan komando ke Kosovo pada esok dan lusa.Ikuti...

Emas Olimpik: Beri Chong...

PUTRAJAYA - Datuk Lee Chong Wei perlu diberikan ruang mengembalikan prestasi cemerlangnya tanpa...

Siti Zalina Cipta Sejarah...

SEPANG – Siti Zalina Ahmad menganggap kejayaan muncul juara kategori perseorangan Kejohanan Boling...

Lebuh Raya PLUS Beroperasi Sepanjang PKP

KUALA LUMPUR – Semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) tetap beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini memandangkan ia adalah laluan kritikal dalam negara.

Perkhidmatan kritikal lebuh raya seperti PLUSRonda dan talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 juga beroperasi 24 jam sepanjang tempoh itu, menurut PLUS dalam kenyataan hari ini.

PLUS menyatakan sebarang saringan, sekatan jalan dan lencongan di laluan menghala ke lebuh raya adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, PLUS menggesa orang ramai supaya menghubungi Bilik Gerakan PDRM di talian 03-2266 3356 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai saringan, sekatan jalan atau lencongan jalan dalam tempoh tersebut.

PLUS turut mengingatkan semua pelanggan supaya sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan dan terus berada di rumah bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19) demi keselamatan diri dan keluarga.

Kategori