Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hampir 100,000 Hilang Kerja...

KUALA LUMPUR - Seramai 99,696 pekerja termasuk golongan berkemahiran tinggi terlibat dalam pembuangan pekerja sejak Januari hingga...

Rancangan Ke Amerika Serlah...

KLUANG - Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mahu mengetuai delegasi pembangkang...

21 Lagi Ar-Rahnu Yapeim...

TUMPAT - Sebanyak 21 lagi cawangan Ar-Rahnu di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam...

Melayu Tak Yakin Anwar...

PETALING JAYA - Seorang penganalisis politik berkata pengundi Melayu tidak yakin Anwar Ibrahim...

Lebih Baik Guna Duit Kerajaan Untuk Petugas ‘Frontliners’

KUALA LUMPUR – “Daripada berbelanja bawa balik rakyat kita di luar negara, baik duit itu diguna untuk petugas barisan hadapan yang lebih memerlukan”.

Itu pendapat rakyat Malaysia di Perancis, Nurul Idzmar Idris, 40, yang bersetuju dengan keputusan kerajaan tidak menanggung kos membawa balik rakyat Malaysia di luar negara.

Nurul Idzmar yang menetap di Grenoble bersama suami dan anak lelaki mereka, berkata jika mahu pulang ke tanah air sekalipun, beliau bersedia mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos.

“Tiada guna pun kalau nak balik warganegara Malaysia dari luar negara kerana akan lalui benda sama, tak boleh jalan-jalan ke mana pun, kena kuarantin juga. Di sini pun ada ‘lockdown’ (perintah berkurung).

“Jadi, saya rasa dana kerajaan yang mahu digunakan untuk membawa balik rakyat Malaysia di luar negara sepatutnya digunakan untuk memerangi penularan COVID-19. Petugas barisan hadapan lebih memerlukan wang untuk perangi wabak ini,” katanya.

Nurul Idzmar berkata, krisis yang dihadapi hampir seluruh dunia ketika ini bukannya darurat peperangan, sebaliknya memerlukan setiap individu menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan kesihatan.

“Lebih baik jaga kebersihan dan keselamatan diri dan keluarga terlebih dahulu. Bagi rakyat Malaysia di luar negara, paling utama adalah sentiasa maklumkan sebarang kejadian kepada pihak kedutaan.

“Kita perlu jadi rakyat yang bijak dan bukan mementingkan diri. Kalau pulang ke tanah air, belum tentu kita tak bawa balik virus berbahaya itu,” katanya.


MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Rakyat Malaysia di New Zealand, Rahimi Ahmad, 40, pula berkata beliau sekeluarga selesa menetap di Christchurch dan belum ada keperluan untuk mereka pulang ke Malaysia.

“Kami rasa belum perlu pulang ke tanah air walaupun New Zealand sedang menguatkuasakan sekatan pergerakan tahap empat. Pembelian barang keperluan asas juga tidak menjadi masalah di sini, manakala anak mendapat akses pelajaran secara dalam talian di sini.

“Sukarelawan Persatuan Mahasiswa Malaysia di Canterbury (CMSA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain juga sedia menawarkan bantuan. Alhamdulillah tiada kesukaran setakat ini,” katanya.

Rahimi yang juga seorang daripada mangsa serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch pada Mac tahun lalu, berkata beliau juga perlu menjalani rawatan susulan di New Zealand kerana kecederaan yang dialaminya dalam kejadian tembakan rambang itu.

“Saya perlu rawatan susulan, antaranya fisioterapi dan akupuntur. Bekalan ubat pula semua tersedia menerusi capaian maklumat dalam talian antara hospital, klinik dan farmasi. Semuanya dilakukan menerusi panggilan telefon atau e-mel,” katanya yang kini berstatus orang kelainan upaya (OKU).

Katanya, beliau juga sukar melakukan perjalanan jauh dalam keadaan fizikalnya sekarang, selain lebih berisiko dijangkiti COVID-19. – BH Online

Kategori