Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

SPRM Kesan 2 Individu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi...

BN Perak Tampil Lebih...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak bakal menampilkan lebih banyak muka baharu terutama...

Perancis Umum Tamat Darurat

PARIS - Dua tahun selepas militan membunuh 130 orang dalam serangan terancang di...

SPRM Tahan Pegawai Kastam...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kastam di...

Lebih 60 Orang Dikhuatiri Tertimbus Di Tapak Lombong Emas Haram Di Sulawesi

JAKARTA: Lebih 60 orang dipercayai tertimbus di tapak perlombongan emas tanpa izin di Kabupaten Bolaang Mongondow, Sulawesi Utara, Indonesia, malam tadi.

Tapak perlombongan emas haram di kawasan hutan itu, yang mengambil masa kira-kira dua jam berjalan kaki dari Desa Bakan Kecamatan Lolayan, tertimbus akibat berlaku kejadian tanah runtuh pukul 9.00 malam.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), setakat pukul 5.00 pagi ini, 13 orang yang cedera berjaya diselamatkan, seorang lelaki disahkan meninggal dunia, manakala lebih 60 lagi dikhuatiri tertimbus.

“Diperkirakan lebih 60 orang masih tertimbus di lubang-lubang yang digali mereka yang rata-ratanya sedalam lima hingga 24 meter,” kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan di sini.

Sutopo berkata pihak berkuasa tempatan kini melakukan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa yang tertimbus.

Kabupaten Bolaang Mongondow adalah antara daerah Sulawesi Utara yang kaya dengan sumber galian seperti emas, besi, tembaga dan belerang.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah bertindak menutup kawasan itu, namun penduduk kawasan berkenaan bertindak menceroboh dan melakukan aktiviti melombong secara haram pada waktu malam. -AGENSI

Kategori