Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak 5 Tahun Maut...

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai...

Lagi Kes Pelajar Tahfiz...

SELEPAS kejadian adik Thaqif, sekolah tahfiz sekali terpalit dengan isu panas apabila seorang...

Pertama Kali Tujuh Pencalonan...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kali, UMNO menerima tujuh pencalonan untuk jawatan presiden...

Pencarum Bukan Islam Pun...

KUALA LUMPUR - Simpanan Syariah oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mula...

Lebih 500,000 Remaja Terima Vaksin Dos Pertama

KUALA LUMPUR – Lebih setengah juta remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun sudah menerima suntikan dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula Isnin lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dapatan direkodkan setakat semalam itu turut menyaksikan Sabah mendahului apabila merekodkan lebih separuh daripada remaja didaftarkan menerima suntikan dos pertama.

“Setakat semalam, lebih setengah sejuta remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima dos pertama mereka di bawah PICK Remaja.

“Sabah mendahului dengan 56 peratus daripada remaja yang didaftarkan di sekolah menerima sekurang-kurangnya dos pertama mereka,” katanya dalam Twitter beliau, hari ini.

PICK untuk golongan remaja bermula sejak Isnin lalu.


Sementara itu, sebanyak 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka di seluruh negara bagi menjalankan program vaksinasi remaja secara ‘walk in’ bermula hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dilaporkan berkata, pelaksanaan kaedah ‘walk-in’ berjadual itu akan dilakukan mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan PPV dikenal pasti.

Katanya, pelaksanaannya mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori