Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penembak Kolej Di Oregon...

ROSEBURG - Lelaki bersenjata berusia 26 tahun yang dipercayai suspek kejadian tembakan di...

Lelaki Herdik, Tampar Tian...

LELAKI yang bertindak menampar Naib Presiden PKR, Tian Chua direman selama empat hari...

Ambil Tindakan Peserta Bersih...

KUALA LUMPUR - Pelbagai pihak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan peserta Bersih 4...

3 Maut, 9 Cedera...

UTRECHT - Sekurang-kurangnya tiga maut dan sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan trem...

Lebih 500 Balai Polis Hadapi Masalah Kurang Anggota

ISKANDAR PUTERI – Lebih 500 balai dari keseluruhan 791 balai polis seluruh negara kini menghadapi masalah kekurangan anggota dan isu penjawatan, menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Asri Yusoff.

Menurut Asri, kebanyakan balai itu kini diketuai oleh anggota yang hanya berpangkat sarjan yang menjalankan tanggungjawab selaku Ketua Polis Balai (OCS).

Tambahnya lagi, sekurang-kurangnya 35 anggota diperlukan bagi sesebuah balai polis beroperasi dengan lancar, dengan anggota sekurang-kurangnya berpangkat Deputi Superintenden (DSP) untuk mengetuai balai berkenaan.

“Namun, apa yang berlaku sekarang ialah 65 peratus daripada keseluruhan 791 balai polis (lebih 500 balai) di seluruh negara mempunyai kekurangan anggota,” kata Asri, sambil menambah terdapat balai polis di Sabah dan Sarawak yang hanya mempunyai lima anggota dan ke bawah.

“Kebanyakan OCS daripada balai polis berkenaan itu juga hanya berpangkat Sub Inspektor hingga Sarjan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Balai Polis Tanjung Kupang di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penyumbang kepada peningkatan anggota polis berpangkat rendah memilih untuk bersara awal.


“Mereka ini bila anak-anak dah habis bersekolah dan mula bekerja, mereka akan memilih untuk bersara awal,” katanya, sambil menambah tempoh bertugas yang lama melebihi lapan jam bagi sesuatu syif juga menyumbang kepada perkara ini.

Beliau berkara pihak Bukit Aman sedang melihat kepada Model Kepolisan Moden yang telahpun dipraktiskan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Balai Polis Brickfields di ibu negara sebagai langkah menangani isu kekurangan anggota dan anggota berpangkat rendah ini.

Model Kepolisan Moden ini mula dijalankan selepas satu kajian dijalankan pada 2015.

Model itu menuntut sekurang-kurangnya 35 anggota ditempatkan pada satu-satu balai dan ianya diketuai oleh anggota yang berpangkat DSP. – BERNAMA

Kategori