Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Resipi Kek Cawan Kelapa...

HIDANGAN pencuci mulut ataupun manisan adalah satu kemestian bila tibanya raya. Pelbagai aneka biskut...

Hari Malaysia Disambut Meriah...

KOTA KINABALU - Sambutan ulang tahun Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini...

Pembangunan Pendidikan Tak Kira...

HUTAN MELINTANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Instagram Harry-Meghan Pecah Rekod...

KURANG enam jam selepas dilancarkan, akaun Instagram pasangan diraja Britain, Putera Harry dan...

Lebih 400,000 Penjawat Awam Alami Tekanan Emosi

KUALA LUMPUR – Lebih 400,000 penjawat awam yang merangkumi 25 hingga 30% daripada warga sektor itu didapati mengalami tekanan emosi dengan sebahagiannya mempunyai kad rawatan psikiatri, demikian dedah Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presidennya, Azih Muda berkata mereka merangkumi semua peringkat perjawatan di 700 jabatan dalam semua sektor.

“Menerusi data indeks kesejahteraan pekerja sehingga 2019, jumlah penjawat awam yang mengalami tekanan emosi tidak meningkat secara mendadak, namun trend itu tidak juga menunjukkan pengurangan sejak beberapa tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Mentakafulkan Penjawat Awam melalui MyCuepecsCare, hari ini.

Katanya antara faktor yang dilihat menyumbang ke arah tekanan emosi penjawat awam ialah kos sara hidup dan tekanan di tempat kerja.

Mengenai MyCuepacsCare, Azih berkata inisiatif itu menyediakan kemudahan kad perubatan kepada penjawat awam dengan kadar sumbangan serendah RM32 bagi pelan individu dan RM85 untuk pelan keluarga tanpa had bilangan anak berusia bawah 21 tahun.

“Kita mahu penjawat awam mendapat perkhidmatan perubatan terbaik dan pantas, jadi pelan ini adalah alternatif untuk mereka mendapatkan rawatan di hospital swasta.


“Perkhidmatan ini memberi perlindungan bagi semua penyakit seperti demam denggi, jantung, kanser, influenza, keracunan makanan malah bisul,” katanya.

Menurutnya MyCuepacsCare diterima oleh lebih 70 hospital pakar swasta sebagai hospital panel.

Program akan dilancarkan Isnin ini dengan sasaran golongan B40 dan penjawat awam boleh mendapatkan borang di 695 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

Kategori