Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KFA Mahu Cheng Hoe...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu Tan Cheng Hoe mengkaji...

PDRM Tahan Bekas Pegawai...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk penyelia kantin...

‘Datuk’ Antara 4 Ditahan...

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar 'Datuk' merupakan antara empat suspek yang ditahan...

Paramedik Dipuji Selamatkan Tupai...

SEBUAH video berdurasi satu minit memaparkan situasi beberapa orang paramedik cuba menyelamatkan seekor tupai...

Lebih 4,000 Komputer Set Judi Dimusnahkan Polis

KERJA-KERJA pelupusan barang-barang kes telah diadakan melibatkan sebanyak 4,314 set komputer dan 34 buah simulator yang pernah digunakan dalam operasi perjudian online.

Barang tersebut telah dilupuskan dalam satu majlis pelupusan di perkarangan Balai Polis Bandar Baru Bangi pagi tadi.

Lapor akhbar tempatan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua peralatan yang digunakan untuk operasi perjudian itu adalah hasil daripada Ops Dadu yang dilakukan di Kontinjen Selangor bagi membanteras perjudian secara online.

“Bermula Januari 2016 sehingga Mei 2018 sebanyak 9,101 serbuan telah dilakukan di Kontinjen Selangor dan berjaya merampas sebanyak 99,079 barang kes berserta wang tunai berjumlah RM923,694.

“Daripada jumlah tersebut, sehingga kini sebanyak 2,560 serbuan telah dilakukan, seramai 1,462 individu telah ditahan bagi membantu siasatan dan sejumlah wang tunai berjumlah RM83,544 turut dirampas,” katanya selepas menyempurnakan gimik pelupusan barang kes hari ini.

Tambahnya lagi, sebanyak 402 kertas siasatan telah dibuka di Daerah Kajang bagi tahun 2016 dan 2017 sepanjang Ops Dadu dilaksanakan.


“Sebanyak 4,314 set komputer dan 34 buah simulator yang digunakan bagi aktiviti perjudian online akan dimusnahkan hari ini setelah mendapat kelulusan pihak Mahkamah Kajang,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis pelupusan itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff; Ketua Penolong Pengarah (Siasatan) Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Shahril Che Saad dan Majistret Mahkamah Kajang, Fadzilatul Isma Ahmad. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori