Lebih 3,000 Maut Akibat Covid-19 Di AS

WASHINGTON – Jumlah korban akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) melebihi 3,000 orang, menurut Pusat Sains dan Kejuruteraan, Johns Hopkins University (CSSE).

Setakat malam semalam (0130 GMT pada Selasa), AS melaporkan lebih 163,000 kes disahkan dengan 3,008 kematian, lapor agensi berita Xinhua.

New York mencatatkan kematian dan kes jangkitan tertinggi, masing-masing lebih 67,000 dan 1,200.

Di seluruh dunia lebih 784,000 jangkitan dilaporkan dengan 37,638 kematian manakala lebih 165,000 pesakit sembuh.