Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tak Bayar Sewa Punya...

DUA lelaki berusia 29 dan 44 tahun ditahan polis semalam kerana mengurung penyewa...

Ops Tropicana: SPRM Serbu...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa premis bank tempatan,...

Penyokong Anwar Baling Telur...

PUTRAJAYA -  Seorang jurugambar media telah dibaling telur semasa menjalankan tugas di perkarangan...

Piala Monsun Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Perlumbaan kapal layar Piala Monsun yang diadakan di Pulau Duyong...

Lebih 2 Jam Kanak-Kanak Dilarikan Perompak

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang dilarikan perompak bersama kereta Proton Exora ditemui selamat di belakang Pasar Raya di Kok Lanas di sini pagi tadi.

Mangsa ditinggalkan kepada seorang peniaga jam 10 pagi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah, berkata suspek meninggalkan kanak-kanak itu kepada seorang peniaga gerai dengan alasan ibu mangsa akan mengambilnya nanti.

“Suspek kemudiannya melarikan diri bersama kereta jenis Proton Exora yang dirompak itu,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, kanak-kanak berkenaan dilarikan bersama kereta yang dirompak ketika ibu kanak-kanak terbabit memberhentikan kereta itu di tepi jalan untuk membeli sarapan.

Abdullah berkata, wanita berusia 40-an terbabit ke warung berdekatan untuk membeli makanan sebelum seorang lelaki masuk ke tempat pemandu dan terus memecut kereta itu ke arah Tendong, Kota Bharu.

“Ketika itu, enjin kereta dalam keadaan hidup dan anak lelaki mangsa yang berada dalam kereta dilarikan bersama-sama kenderaan yang dicuri suspek.


“Suspek memakai kupiah dan berbaju kuning melarikan Proton Exora berwarna keemasan bernombor pendaftaran DCK 9460,” katanya.

Beliau berkata, polis melancarkan gerakan mencari dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera menghubungi polis.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Che Azwadi Che Mud, 36,berkata anak saudaranya ditemui dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Alhamdulillah anak saudara saya sudah selamat dan kini masih berada di Balai Polis Kok Lanas,” katanya. – BH Online

Kategori