Lebih 13 Maut Gempa Bumi Di Turki

ELAZIG – Gempa bumi berlaku di timur negara itu semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan kira-kira 500 lagi cedera.

Difahamkan kira-kira 30 orang lagi terperangkap dalam runtuhan bangunan, menurut laporan negara itu.

Lokasi kejadian terletak kira-kira 340 batu daripada ibu negara, Ankara.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca yang melawat tempat kejadian berkata, kira-kira 13 orang terbunuh dan seramai 553 lagi cedera termasuk 11 daripadanya parah.

Lebih 30 daripada bangunan juga runtuh dalam gempa 6.8 magnitud itu.

Sementara itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan semua langkah akan diambil bagi memasti keselamatan mangsa dan penduduk. – Agensi

Loading...