Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Serang Orang Awam,...

KUALA LUMPUR - Kumpulan militan Negara Islam (IS) tidak akan mencapai cita-cita perjuangannya...

Makanan Lambat Sampai, Pelayan...

HANYA kerana makanan yang dipesan lambat dihidangkan, seorang pelayan wanita telah diperlakukan dengan...

Sebahagian Jalan Travers Dinamakan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan nama jalan...

Kertas Putih Vaksin COVID-19...

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan...

Lebih 10,000 Hadir Persembahan Udara TUDM

KUCHING – Lebih 10,000 orang hadir untuk menyaksikan persembahan udara yang berlangsung di Pangkalan Udara Kuching di sini hari ini sempena Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ia adalah persembahan kedua tahun ini selepas berlangsung di Pangkalan Udara Butterworth bulan lepas dan ia diadakan sempena ulang tahun TUDM ke-60.

Orang ramai disajikan dengan deruman enjin pesawat TUDM yang melakukan pelbagai aksi dan formasi menarik yang dikendalikan juruterbang TUDM.

Turut diadakan gimik pembukaan yang dipersembahkan Pasukan Khas Udara (Paskau) dalam melakukan aksi demonstrasi teknik ‘fast-roping’ diikuti letupan ‘pyrotechnic’ dan pertunjukan terbang lintas pesawat oleh pesawat A400M, F/A-18D Hornet dan Hawk yang melakukan pengisian minyak di ruang udara.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Datuk Affendi Buang menyempurnakan perasmian Hari Terbuka TUDM itu dan turut hadir kemudian untuk sama-sama menyaksikan persembahan udara ialah Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan sempena pameran sehari tersebut iaitu pameran statik pesawat TUDM di kawasan dispersal. Antara pesawat yang dipamerkan adalah helikopter Nuri, helikopter EC 725 AP, pesawat A400M, pesawat C130H, pesawat CB 235, pesawat Hawk 108/208, pesawat F/A-18D dan pesawat Sukhoi SU-30MKM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TUDM

Kategori