Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kor Ming Hasut Rakyat...

KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menghasut komuniti...

Presiden PAS Dedah Dalam...

PAS tidak boleh bersama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan kerana di dalamnya ada...

Kedua-Dua Tangan Isteri Hampir...

Tumpat : Wanita yang ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat di sini,...

Menteri Besar Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat...

Lebih 1,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Pulang

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara termasuk Uzbekistan, Mesir, Maldives, Nigeria, Thailand, Jepun dan Kemboja berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata setakat pagi ini juga, seramai 696 rakyat Malaysia yang terkandas di India sudah dibawa pulang menerusi kerjasama dengan MIC dan AirAsia.

“Insya-Allah, ramai lagi akan dibawa pulang dari India dalam waktu terdekat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengenai Iran, Hishammuddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan bantuan Wisma Putra sudah berjaya membawa pulang seramai 46 orang rakyat Malaysia dari negara itu.

“Berkenaan Itali, pihak MKN, Wisma Putra dan Perwakilan Malaysia di Itali sedang berunding dengan Kerajaan Itali bagi memberi kebenaran mendarat khas kepada pesawat kita seterusnya membolehkan urusan repatriasi dari Itali segera dilaksanakan,” katanya. – BH Online

Kategori