Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tahun Ke-7 Soo Wincci...

UMUM sudah mengetahui bahawa penyanyi dan pelakon cantik, Dr. Soo Wincci pasti akan...

Asrama Tahfiz Di Teluk...

BUTTERWORTH - Sebuah bangunan asrama tahfiz di Telok Air Tawar di sini, musnah...

SST Kurang Bebankan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Cukai Jualan dan...

Kematian Warga Emas: Seorang...

SEREMBAN - Polis hari ini menahan seorang lelaki selepas seorang lelaki warga emas...

Lebih 100 Undang-Undang Digubal, Pinda, Mansuh

LEBIH 100 undang-undang akan digubal, dipinda, diperbaharui dan dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.

Liew berkata lebih 100 senarai cadangan undang-undang yang perlu penggubalan, pembaharuan, pindaan dan pemansuhan dibentangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikannya semalam bersama wakil semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

“Senarai undang-undang yang akan digubal, diperbaharui, dipinda atau dimansuhkan oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dan senarai yang dikemukakan adalah tidak muktamad dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan bersempena mesyuarat itu.

Antara senarai undang-undang yang dikemukakan ialah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Undang-undang lain termasuk Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Kerja 1955, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Rang Undang-Undang Gangguan Seksual, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Liew berkata cadangan undang-undang yang perlu penggubalan, pembaharuan, pindaan dan pemansuhan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pula termasuk Akta Audit 1957, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan).


Turut dicadangkan ialah Akta Insolvensi 1967, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018, Akta Tabung Haji 1995, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Ombudsman Malaysia dan penggubalan Draf Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Liew berkata senarai itu dikemukakan berdasarkan Manifesto Pakatan Harapan dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Beliau berkata senarai itu akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang mengikut jangka masa yang sesuai. – BERNAMA

Kategori