Lebih 100 Orang Maut Letupan Di Lubnan

BEIRUT – Angka korban akibat letupan di letupan di pelabuhan di sini meningkat kepada lebih 100 orang, lapor Palang Merah Lubnan. 

Menurut organisasi itu, tragedi berkenaan juga menyebabkan lebih 4,000 orang cedera.

Bagaimanapun, angka kematian dan jumlah mangsa cedera dijangka terus meningkat. 

“Pasukan kami masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar letupan,” katanya. 

AFP sebelum ini dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada jam 6 petang (waktu tempatan), Selasa.

Ia dikatakan berpunca daripada ammonium nitrat yang disimpan di gudang di kawasan pelabuhan. 

Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu. 

Beberapa bangunan di sekitarnya termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer. 

Malah, letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Rakaman video kejadian menunjukkan penduduk lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri kerana menyangka gegaran itu adalah gempa bumi. 

Selain itu, serpihan kaca daripada bangunan juga berselerakan di kawasan sejauh 25 kilometer dari lokasi letupan. – Agensi

Loading...