Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Individu Dakwa Fatin Afeefa...

BEKAS isteri kepada pelakon Adam Shahz iaitu Fatin Afeefa kembali menjadi topik hangat...

Hampir 30 Suspek Pengganas...

PUTRAJAYA - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengusir hampir 30 orang daripada keseluruhan 50...

7 Daerah Terjejas, Mangsa...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 2,019 orang daripada...

Bimbang Pendapatan Tidak Stabil...

SEREMBAN - Kestabilan pendapatan adalah antara perkara penting yang menjadi kerisauan pekerja swasta...

Lebih 100 Demo Bantah Cadangan Jajaran LRT Bayan Lepas

PULAU PINANG – Lebih 100 umat Islam mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini bagi membantah cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di kawasan hadapan masjid tersebut.

Demonstrasi tersebut yang bermula kira-kira pukul 2 petang berakhir sejam kemudian selepas memorandum bantahan cadangan projek tersebut diserahkan kepada Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri, Roshidi Hussin.

Bendahari Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Mohd. Noor Kamarudin berkata, jajaran tersebut pada mulanya telah dipersetujui untuk dibina di belakang masjid seperti perjanjian pada 2016 antara SRS Consortium dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar.

“Namun terdapat perubahan di mana jajaran tersebut diubah di bahagian hadapan masjid dan kami hanya dimaklumkan perubahan ini pada dua minggu lalu.

“Perubahan jajaran ini akan menyebabkan kawasan asal masjid di atas tanah wakaf terjejas serta terdapat lebih 600 kubur umat Islam turut akan terlibat dengan perubahan jajaran ini,” katanya di sini hari ini.


Jajaran LRT Sungai Nibong merupakan salah satu komponen Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang dicadangkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori