Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bauksit: Kerajaan Selangor Kaji...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang mengkaji tahap kualiti air yang dibeli daripada...

Akademik Bolasepak JDT Berkeluasan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) memaklumkan pembinaan Akademi Bolasepak Johor...

Luahan Doktor: Rasa Mahu...

BARU-baru ini Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat bayi yang dikerat kepada lapan bahagian dalam...

Komposer Lagu Titanic Maut...

KOMPOSER runut bunyi filem terkenal Titanic, James Horner dilaporkan maut dalam satu nahas...

LazStar Academy Buat Penampilan Sulung

KUALA LUMPUR – LAZADA, Alibaba Business School dan Taobao University berganding tangan memperkenalkan LazStar Academy, rangkaian terdiri daripada jurulatih pakar bertauliah di Asia Tenggara bagi memberi manfaat kepada komuniti penjual yang besar di LAZADA.

Diwujudkan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, LazStar akan membawakan pakar tempatan serta nasihat dalaman daripada beberapa penjual LAZADA yang paling berjaya juga berpengalaman, supaya pemilik perniagaan dapat mengelakkan kejatuhan di waktu mereka berusaha menggiatkan pertumbuhan perniagaan dalam talian mereka, kata LAZADA dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LAZADA Malaysia, Christophe Lejeune, berkata LazStar Academy adalah contoh utama usaha kerjasamanya dengan Alibaba bagi meningkatkan pengetahuan e-Dagang dan kemahiran profesional dalam kalangan penjualnya yang kemudiannya akan menyampaikannya kepada yang lain dalam komuniti berkenaan

Latihan LazStar Academy akan dibangunkan bersama oleh beberapa jurulatih jualan bertauliah, Taobao University dan LAZADA yang mana modulnya akan menyediakan pandangan berguna daripada usahawan tempatan berkenaan LAZADA dan amalan terbaik daripada Alibaba.

Syarahan LazStar yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah, akan membantu peserta memperoleh dan mengekalkan pelanggan, pada masa sama memaksimakan perolehan di dalam landskap e-Dagang yang pesat berkembang. – BERNAMA

Kategori