Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerosakan Pencawang Masuk Utama...

PETALING JAYA : Siasatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati gangguan bekalan yang bermula...

Tiada Pertalian Darah, Dua...

DUA orang wanita yang tiada hubungan kekeluargaan mahupun pertalian darah ini memiliki wajah...

Tetak Kepala Bapa Dengan...

KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah atas tuduhan menetak bapanya di...

Video: Gugup Punya Pasal...

BICARA mengenai hari konvokesyen, pasti ramai dalam kalangan graduan terbayang detik gembira menerima...

Lawatan Rasmi Sulung PM Ke Kemboja, Thailand Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke Kemboja dan Thailand bermula hari ini sehingga 26 Februari depan.

Ia bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen dan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

“Semasa lawatan rasmi ke Kemboja, Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan menghadap ke atas Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni di samping pertemuan dengan Hun Sen untuk membincangkan pengukuhan hubungan dua hala, kerjasama pasca pandemik COVID-19, kerjasama ASEAN, serta isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja selain bertemu Keluarga Malaysia di Kemboja,” kata Wisma Putra.

Menerusi lawatan rasmi ke Thailand pula, Ismail Sabri dijadual mengadakan pertemuan dengan Chan-o-cha.

“Pertemuan tersebut akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Thailand.

“Bidang-bidang utama meliputi kerjasama ekonomi, kerjasama pasca pandemik COVID-19, pembukaan sempadan antara kedua-dua negara, dan projek-projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat.


“Program Perdana Menteri turut meliputi sesi dengan Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) dan sesi ramah mesra bersama Keluarga Malaysia di Bangkok,” katanya.

Wisma Putra turut memaklumkan, lawatan Ismail Sabri ke Kemboja dan Thailand mencerminkan hubungan rapat dan menyeluruh Malaysia dengan kedua-dua negara jiran dan rakan ASEAN tersebut.

Malah, ia bakal membuka peluang kepada Malaysia dan kedua-dua negara berkenaan untuk meneroka inisiatif bersama dalam usaha pemulihan pasca-pandemik, serta dalam menangani cabaran serantau dan antarabangsa.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan empat hari itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi RISDA Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Lawatan-lawatan ini akan berlangsung mengikut pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan COVID-19 yang berkuat kuasa di Malaysia, Kemboja dan Thailand.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori