Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Che Ta Dikritik Pakai...

KALAU dah namanya selebriti, setiap inci perlakuan mahupun penampilan akan jadi perhatian netizen...

Dividen TH Dibayar Tidak...

KUALA LUMPUR - Dividen Tabung Haji (TH) akan dibayar tidak lama lagi, kata...

Boleh Pulak! Lukis Potret...

PELIK dan amat menjijikkan!Setiap pelukis sememangnya punyai cara dan kaedah tersendiri bagi menghasilkan...

Juruperunding Kaji BRT Kota...

KOTA KINABALU - Kerajaan telah mengenal pasti juruperunding untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek...

Lawatan Muhyiddin Lonjak Hubungan Riyadh-KL

RIYADH – Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud percaya lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ke negara itu akan melonjak hubungan dua hala Riyadh-Kuala Lumpur ke tahap yang lebih kukuh pada masa depan.

“Adalah penting untuk kita mempunyai hubungan dua hala yang kukuh bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara tetapi juga dunia Islam secara keseluruhan,” katanya kepada media Malaysia di kementeriannya di sini, semalam. 

Beliau juga menyifatkan lawatan Muhyiddin itu akan memberi penuh bertenaga kepada hubungan berkenaan. 

Muhyiddin kini dalam lawatan rasmi empat hari ke negara itu bermula Sabtu lalu.

Putera Faisal berkata, kedua-kedua negara mahu menubuhkan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi yang akan membantu menginstitusikan kerjasama itu dan bukannya bergantung kepada kerjasama tertentu sahaja.

“Kami kini mempunyai proses institusi yang kukuh yang akan memberikan hasil untuk kedua-dua negara dan memastikan kita membuat tindakan susulan mengenai peluang ini,” katanya.

Katanya, terdapat banyak peluang antara kedua-dua negara, contohnya, dalam bidang pelaburan, suruhanjaya bersama, pendidikan dan pembangunan saintifik.

Menurutnya, mekanisme itu akan membantu mereka membuat susulan mengenai perjanjian dan perbincangan yang dipersetujui supaya dapat meneruskan momentum kukuh dalam hubungan dua hala.


Mengenai memorandum persefahaman (MoU) yang akan dimeterai oleh kedua-kedua negara esok, Putera Faisal berkata, ia termasuk Perkhidmatan Jalan Raya Makkah yang akan memudahkan jemaah haji dari Malaysia melawat negara itu dengan menyelesaikan proses imigresen Arab Saudi di Malaysia.

Menteri Luar itu turut menyentuh peranan yang boleh dimainkan oleh kedua-dua negara itu dalam membantu umat Islam dan memerangi Islamofobia.

“Dalam dunia hari ini, kami sangat tercabar dalam semua bentuk diskriminasi, kebencian dan salah faham dan salah satu sasaran itu adalah umat Islam,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara ini boleh membantu masyarakat global untuk memahami bahawa Islam adalah kuasa untuk kebaikan dan keamanan.

“Dalam hal ini, Malaysia menjadi pemimpin kerana menonjolkan sikap toleransi dan kesederhanaan dalam mengamalkan ajaran Islam. Ini sama dengan Arab Saudi.

“Kami boleh membantu mengukuhkan mesej bahawa umat Islam bersatu demi keamanan dan kemajuan. Kami bersedia bekerjasama dengan semua orang dari pelbagai agama dan kepercayaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori