Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Belanjawan Responsif Gender Untuk...

Kementerian Kewangan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita diberi bertanggungjawab menyediakan Belanjawan...

Anwar Kata Port Dickson...

PORT DICKSON ― Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah membuat keputusan yang...

Anak Muda Luah Kecewa...

LANGKAH diambil Tan Sri Rafidah Aziz berpaling tadah kepada pembangkang dapat dijangkakan lebih-lebih lagi...

“Hubungan Kami Masih Seperti...

JIKA beberapa hari lepas pelakon Emma Maembong seakan-akan memberitahu netizen tentang hubungannya dengan...

Lawatan Muhyiddin Cipta Horizon Baharu Hubungan UAE-Malaysia

KUALA LUMPUR – Hubungan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan perkembangan luar biasa terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan sejak pembukaan misi diplomatik di kedua-dua negara, menurut Duta UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim AlGhaith.

Beliau berkata kedua-dua negara menjalin hubungan dua hala sejak awal 1970-an, diikuti dengan pembukaan misi diplomatik Malaysia di Abu Dhabi pada 1983 dan Kedutaan UAE di Kuala Lumpur pada 1995.

AlGhaith berkata ia turut didorong lawatan peringkat tinggi, terbaharu lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai Rabu, yang melambangkan hubungan silaturahim erat kedua-dua negara.

“Ia bertujuan memacu hubungan dua hala ke tahap baharu, mempromosi perdagangan dan pelaburan dengan potensi kerjasama dalam bidang keselamatan makanan, pembangunan produk halal, dan lebih banyak kerjasama di sektor minyak dan gas, selain kerjasama pasca-COVID-19 terutama dengan rancangan pemulihan pelancongan,” katanya.

Lawatan peringkat tertinggi itu termasuk kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke UAE pada Disember 2020 dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan ke Malaysia pada Julai 2019.

Beliau berkata UAE adalah rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah dan Asia Barat, dengan jumlah perdagangan dua hala AS$29 bilion dalam lima tahun terakhir.


AlGhaith berharap di sebalik kesan pandemik COVID-19 dan kelembapan ekonomi global, jumlah dagangan antara kedua-dua negara dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang.

“Pelaburan syarikat UAE seperti Mubadala dan OSC dalam industri minyak dan gas di Malaysia dianggarkan bernilai AS$1.2 bilion, sementara syarikat Malaysia seperti Serba Dinamik Holdings mempunyai kedudukan yang kukuh di UAE,” katanya.

Menurut duta itu lagi, Malaysia adalah destinasi pendidikan bagi pelajar UAE dengan lebih 700 rakyatnya melanjutkan pengajian mereka di institut pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia, kebanyakan dalam bidang pengurusan, perakaunan dan undang-undang. – BERNAMA

Kategori