Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Militan: 3 Warga M’sia...

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Malaysia di...

SEA: Renang Mahu Sumbang...

GURUN - Sukan renang mahu menjadi penyumbang utama pingat dalam temasya Sukan SEA...

Jumlah Kes Demam Denggi,...

KANGAR - Jumlah kes demam denggi dan demam denggi berdarah di negeri ini...

Pencarian China Eastern Berakhir,...

BEIJING : Operasi mencari bangkai pesawat Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines (China...

Lawatan Konsul Jeneral China Bantu Tingkat Sektor Pelancong Di Sandakan

SANDAKAN – Lawatan kerja pegawai dari Pejabat Konsulat China di Kota Kinabalu diketuai Konsul Jeneralnya Liang Caide ke daerah ini menyumbang kepada usaha meningkatkan sektor pelancongan.

Anggota Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt berkata lawatan pada Jumaat hingga Ahad lepas itu ia telah menjalin kerjasama kukuh antara kerajaan negeri Sabah dan Pejabat Konsulat China di Kota Kinabalu serta pengusaha pelancongan di daerah ini.

Justeru, Wong yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri mahu pengusaha pelancongan tempatan terus meningkatkan reputasi tempat peranginan daerah ini di peringkat antarabangsa.

Ini termasuklah mempergiatkan promosi pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini, seterusnya memperkasakan ekonomi tempatan, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada lawatan itu, Liang bersama Wong turut mengadakan satu dialog bersama pengusaha pelancongan ketika kunjungan ke Pulau Langkayan dekat sini pada Sabtu lepas.


Pada sesi dialog itu, Liang menggalakkan pengusaha pelancongan di daerah ini agar lebih giat dalam mempromosi destinasi pelancongan melalui pelbagai platform media, terutamanya media baru untuk menarik perhatian dan minat warganegara China.

Beliau yang tertarik dengan keindahan Pulau Lankayan berkata akan membantu menarik lebih ramai pelancong dari China ke daerah ini bagi memajukan sektor pelancongan dan ekonomi Sandakan.

Liang berkata China juga menaruh keyakinan tinggi terhadap tahap keselamatan di negeri ini. – BERNAMA

Kategori