Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Esszone Dilanjutkan...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Agaknya Ini Lah Couple...

MEMPAMERKAN kesetiaan kepada pasangan anda adalah satu perkara yang terpuji, tetapi jangan sampai...

KKM Sedia Laksana Imunisasi...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersedia untuk melaksanakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa...

Semak Semula Gaji Minimum...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan disaran menyemak kembali kadar gaji minimum bagi sektor awam...

Lawak ‘U-Turn’ Anwar Nafi Mahathir Bukanlah Mugabe

MUNGKIN inilah jenaka paling dahsyat dalam sejarah siasah dunia apabila mantan seteru politik tiba-tiba memuji bekas lawannya itu yang suatu ketika dahulu dikutuknya dengan begitu dahsyat!

Satu dunia maklum Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pada 1999 memanggil semua wakil media asing di Kuala Lumpur untuk dedah kebejatan moral mantan timbalannya yang dipecat secara zalim, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekoran teruk diaib, warga Malaysia kemudian dikejutkan dengan Anwar bertindak balas hina pula mentornya itu sebagai Maha Firaun selain kekejaman Mahathir disamakan setanding presiden diktator Zimbabwe, Robert Mugabe.

Itu cerita hampir dua dekad lalu sebelum tiba-tiba dua personaliti ini lakar sejarah aneh antarabangsa apabila dapat bekerjasama dalam Pakatan Harapan (PH) dengan mereka menjadi bos besar blok pembangkang empat parti itu.

Namun, akibat penangan hebat perang saraf jentera Barisan Nasional (BN) menenggelamkan askar siber upahan PH yang semakin lesu, rakyat mula banding Mahathir dengan Mugabe yang baru digulingkan tentera negara Afrika itu.

Terkesan dengan siri serangan persepsi label negatif dan konotasi gelaran buruk itu, Anwar, 70, terpaksa ‘bangkit’ pertahan Mahathir, 92, waima membuat lawak dengan melakukan pusingan U terhadap bekas musuhnya tersebut.

Menurut laporan agensi berita MediaCorp Singapura, bekas ketua pembangkang itu mendakwa konon Mahathir tidak boleh dibanding dengan personaliti jahat Mugabe yang usia kebetulan sebaya sahaja dengan Pengerusi PH itu.

Anwar berkata demikian kepada para wartawan selepas mengikuti perbicaraan di sebuah mahkamah di ibu negara untuk proses pembebasan dirinya daripada tuduhan kesalahan liwat kali kedua terhadap pembantu peribadinya.


Ketua Umum PH itu dipetik sebagai berkata bahawa Mahathir bersedia untuk membuat perubahan yang perlu dan konon difitnah oleh kerajaan Malaysia pimpinan BN diterajui UMNO yang amat gigih mempertahankan syiar Islam.

Mugabe sering dikecam pengkritik sebagai pemimpin kuku besi malahan banyak penganalisis politik antarabangsa menyamakan dengan Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahan sebagai perdana menteri keempat di Malaysia.

Ironi, Mahathir, yang suatu ketika mahu bersara daripada arena politik kerana anggap sudah terlalu lama; juga buat pusingan U apabila tiba-tiba dicalonkan sebagai perdana menteri jika PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Pakatan yang belum diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu kemudian akan meletakkan semula Anwar mengambil alih jawatan daripada Mahathir selepas tempoh pengharaman lima tahun daripada politik ditarik balik.

Peguam Anwar cuba membebaskannya lebih awal termasuk melalui undang-undang tetapi ditolak pihak mahkamah sementelahan perbicaraan liwat beliau sebelum ini pun pernah tangguh puluhan kali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori