Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dibedah Akibat Tercekik Tulang...

MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang wanita berhadapan dengan detik cemas apabila dikatakan tercekik...

Pusat Penempatan Banjir Dibuka...

KUALA TERENGGANU - Sebuah pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir dibuka di Surau...

Aizat Tak Setuju Kenyataan...

PENYANYI muda, Aizat Amdan menganggap kenyataan yang dibuat oleh Abam Bocey di majlis...

Ramai Kembali Ke Ibu...

Kepulangan ramai ke tempat tinggal masing-masing setelah beraya di kampung telah menyebabkan permintaan...

Lawak… Tempah Jack Kereta Tapi Terbeli Jack Mainan!

MEMBELI-BELAH secara dalam talian sememangnya memudahkan dan sangat menjimatkan masa.

Malah, hampir semua benda kini boleh dibeli dari rumah sahaja tanpa perlu berjalan selangkah pun ke kedai.

Semuanya senang, mudah dan pantas. Namun, kemudahan ini tidaklah bermakna sistem ini sentiasa mesra-pengguna.

Adakalanya, pasti kejadian lucu semasa online shopping akan berlaku.

Baru-baru ini, satu status tulisan seorang lelaki yang dikenali sebagai Syairozi Ali telah menjadi bahan ketawa netizen setelah perkongsiannya di laman Facebook menjadi tular.

Dia yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan memuat naik posting mengenai kesilapannya membeli jack kereta dari gedung beli belah dalam talian popular, Lazada.

“Beli jack stand 3 ton di Lazada. Buka-buka letak bawah kereta… Ini nak jek kereta mainan ke kereta wira ni? Syaitonnnn! Nakharom sungguh!” tulis Syairozi Ali di Facebook.

Menerusi posting itu, Syairozi memberitahu jack kereta yang ditempahnya pada 23 Februari lalu bukanlah jack kereta sebenar sebaliknya ia khusus untuk kereta kawalan jauh.

“Sesampainya di rumah, saya pelik sebab bungkusannya kecil. Selepas itu barulah saya sedar ia jack untuk kereta kawalan jauh. Saya hanya mampu tergelak sahaja,” katanya yang turut mengakui bukan kali pertama membeli barang di Lazada.

Geram dengan insiden yang menimpanya itu, Syairozi telah mengambil keputusan untuk membuang aplikasi Lazada dari telefon bimbitnya.


Menurut netizen, kesilapan dipercayai berpunca dari Syairozi yang tidak membaca deskripsi barangan tersebut dengan jelas.

Sedangkan sudah tertera pada iklan dan bungkusan barangan yang menyatakan jack stand yang dibelinya itu sememangnya bersaiz kecil dan digunakan untuk kereta kawalan jauh.

“Bukankah sudah dinyatakan suitable for 1/10 RC4WD D90 SCX10 rock crawler RC Car. Cuba Google kereta apa yang dimaksudkan.

”Lagipun gambar kedua dalam Lazada itu pun sudah jelas menunjukkan benda ini benda mainan sebenarnya,” kata Muhd Almizan di ruangan komen.

Menyedari kesilapannya itu, Syairozi menjelaskan dia kurang memahami deskripsi yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Malah dia juga tidak begitu arif dengan barangan yang dibeli menyebabkan kesilapan itu berlaku.

“Dia tulis skala 1/10, tapi otak sangkut di skala 6 saja. Mana kita biasa benda-benda seperti itu. Baca suratkhabar The Star pun tengok gambar sahaja,” selorohnya.

Difahamkan, pihak Lazada telah menghubungi Syairozi bagi memberi penjelasan mengenai insiden tersebut setelah perkongsiannya mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, dia tidak berniat untuk menunding jari sebaliknya posting itu hanyalah untuk berkongsi insiden kelakar yang menimpa dirinya sahaja.

Sehingga kini, posting yang dimuat naik pada 27 Februari itu menerima lebih daripada 5,500 tanda suka dan dikongsi lebih 8,000 pengguna Facebook. – MYNEWSHUB.CC

Kategori